>>>>>CEKMEK MOLEK VERSI PENANG<<<<


>>>yg ni lak dah siap..tp tengah tunggu nk goreng je....

>>>ha yg ni mesti korang dah tau kan...jd x yah la aku abaq lagi...

>>>>ha yg ni dah siap...tunggu tok di ngappp je....jemput la rasa....

Bahan-bahan ( 12-13 biji )
• 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
• 1 cawan tepung gandum
• gula
• minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
4.
Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.
No comments:
Post a Comment