kenangan tetap subur diingatan...walaupun berbagai rintangan melanda....
Saturday, October 17, 2009
buat SUAMI dan bakal menjadi suami
pernikahan ataupun perkahwinan,
menyingkap tabir rahsia,
isteri yg kamu nikahi,
tidak semulia khadijah,
tidaklah setakwa aisyah,
pun tidah setabah fatimah,
justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman,
yg punya cita-cita.
menjadi SOLEHAH........
pernikahan ataupun perkahwinan,
mengajar kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah,kamu menjadi langit penaungnya,
isteri menjadi ladang tanaman,kamu menjadi pemagarnya,
isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya,
isteri adalah murid,kamu mursyidnya,
isteri bagaikan ank kecil,
kamulah tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu,
kamulah teguk sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun,
kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yg bengkok,berhatilah meluruskanya.......
pernikahan ataupun perkahwinan,
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
untuk belajar meniti sabar dan redha,
kerana miliki isteri yg tak sehebat mana,
justeru kamu akan tersentak dari alpa,
kamu bukalah rasulullah,
pun bukan saidina Ali Karamaullahhuwajah,
cuma suami akhir zaman,
yg berusaha menjadi SOLEH.......
***renung2 kan dan selamat beramal***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam kak ieta,
Sedeynya dengar lagu ni. Good luck tuk saya, kak Ieta, dan semua wanita. Moga jadi srikandi tuk kuarga tercinta.
salam kak,
sgt touching..:)
Post a Comment