klik tau..jangan nengok je....nanti akan di klik balas

pengikut blog ni.....

Monday, November 2, 2009

JGN LUPA JD ISTERI SETELAH BERGELAR IBU..




Menurut kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang
isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak
atau 10
orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,
sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak
menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,
ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak
tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah
pula
tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak
tahan
apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar
banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di
rumah
untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi... .". Ini akan
membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di
rumah
dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan
budak-budak ni. I penatlah.."

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab
akan
mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan
isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami
balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan
berikan
sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk
bagaimana
sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami
lebih
senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang
anak
akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama
berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.
Mereka
lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan
lemah-lembut.
Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa
yang
diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar
kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja
membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik'
adalah
dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan.
Apabila
ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur
akan
mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai
dirinya
lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan
memperkecilkan
diri suami.........................................
*jadi marilah kita bersama menjaga kebahagiaan rumah tangga yg di bina atas dasar CINTA sama CINTA hingga keakhir hayat...AMIN.....*

--------------------buat renungan kita bersama yg dah bergelar...ISTERI dan IBU,MAK,MAMA,MUMMY,UMMI,dan yg sewaktu dengannya-----------------------

5 comments:

Love2cook Malaysia said...

Something to be remembered always...;)

Watierman said...

Moga rumah tangga kita semua berkekalan denga berkat mengambil iktibar dari penyampaian ini...terima kasih Ieta!

indahhouse said...

Salam kak Ieta,
apa khabar, kak?
sayu rasanya bila baca entry nih. huhu. terasa sgt kekurangan diri.

~~**ieta azri**~~ said...

hai love....jangan lp tau..heheheh


kak watie....
insyallah akak..amin..


nurindah...
salam nurindah..akak habaq baik...insyallah nurindah...

Anonymous said...

Akak, time kasih atas peringatan. Semoga rumah tangga kita semua kekal bahagia hingga akhir hayat :)